Sabtu, 12 April 2014

JOMKite... Gam pelanggan..???

Sesiapa ada pelanggan yang liat mahu bayar?




Ini jalan penyelesaiannya.





Sila baca. Semoga bermanfaat. :)




Satu daripada trauma jurujual dan juga para

usahawan adalah aktiviti minta duit
daripada pelanggan.



Antara kes-kes yang berlaku:




1) Pelanggan sudah berminat, tetapi masih belum

bayar untuk dapatkan produk.



2) Pelanggan sudah tempah dan kata mahu bayar,

tetapi duit masih lagi belum sumbat ke akaun
bank kita.



Cara untuk melayan perasaan liat pelanggan ini

adalah menggunakan strategi berikut.



Ada dua jenis gam yang boleh digunakan:




1) Gam murah.




2) Gam mahal.




---

Strategi Gam Murah



1) Takut-takutkan pelanggan dengan helah palsu.




... "Tuan / cikpuan adalah orang yang rugi jika

tidak beli produk ini. Semua orang yang guna
produk ini telah berjaya."



2) Menekan-nekan.




... "Sila bayar sekarang. Jika tidak bayar,

tolonglah bayar sekarang."



---

Strategi Gam Mahal



1) Bermula dengan doa meraikan rezeki si pelanggan.




... "Semoga Allah terus memanjangkan hayat rezeki

tuan / cikpuan untuk memiliki produk / servis XYZ."



2) Berikan bantuan.




... "Jika ada sebarang isu berkenaan dengan

pembayaran, mohon maklumkan kepada kami.
Kami akan usaha untuk permudahkan urusan
tuan / puan."



3) Ringankan beban.




... "Jika tuan / puan teragak-agak untuk beli,

sila hubungi kami untuk pertanyaan lanjut.
Kami akan bantu berikan jawapan yang puan
inginkan."



Setiap gam boleh digunakan bergantung pada

situasi tertentu.



Yg ni sy copy dari emel, mgkin ade faedahnye bleh jd guide sapa tahu...




admin, JOMKiteGie.Blogspot.com

1 ulasan:

  1. ambe bt entry gini sbb org rumah nak terlibat secara serious nak berniaga, berniaga kan sunnah nabi dan merupakan 9/10 rezeki dtgnye dr berniaga...hehe. Moral support tuk org rumah... gogogo!!!..

    BalasPadam